Sunday, February 22, 2009

Pulau Sipadan bakal 7 keajaiban semulajadi di dunia



Sesungguh kita amat bertuah kerana permata di tenggara sabah ini iaitu Pulau Sipadan bakal menjadi 7 keajaiban di dunia yang semulajadi, oleh yang demikian kita sebagai rakyat Malaysia harus berasa bangga dengan turut sama mengundi calon satu-satunya dari Malaysia ini di http://www.new7wonders.com/

Thursday, February 19, 2009

Kelahiran Insan Tersayang

Tepat pukul 7.15 pagi 16hb February 2009 bertempat di Hospital Kunak anak sulungku telah selamat dilahirkan dengan berat 3.1 kg tanpa sebarang masalah. Kebetulan tarikh kelahiran ini juga sama dengan tarikh kelahiranku 16hb Februari 1984 lebih kurang 25 tahun yang lalu. Sesungguhnya inilah hadiah yang paling bernilai untukku dari Maha Esa Allah S.W.T.

Cuma sedihnya disaat Isteri bergelut antara sakit dan maut aku tidak sempat berada disampingnya untuk memberi sokongan, ekoran aku berada di kawasan pedalaman atas urusan kerja yang membantutkan aku untuk terus pulang. Hanya sehari selepas kelahirannya baru sempat aku menatap dua wajah ini. Bayiku ini ku beri nama Mohammad Adam kerana kumengharapkan suatu masa kelak dia bakal menjadi insan sebesar namanya. Amin