Jika kita menghayati naskah atau manuskrip sejarah-sejarah lama di sekitar Asia Tenggara, pasti kita banyak menemui perkataan-perkataan seperti Orang Laut, Bajak Laut, Sea Gypsies, Sinamah dan seumpamanya tapi tahukah kita, bahawa gelaran-gelaran ini adalah menunjukkan kaum yang sama iaitu jika pada hari ini kita mengelar mereka sebagai Bajau atau Badjao. Pada ketika ini kita selalu beranggapan bahawa kaum Bajau ini hanya ada di Sabah dan Selatan Filipina sahaja, walhal suku ini hampir dapat ditemui seluruh Kepulauan Pasifik cuma mereka jarang sekali menggelar diri meraka sebagai bajau seperti di Malaysia.Terdapat sekurang-kurangnya 26 atau lebih sub-suku bajau yang ada di Sabah dan Selatan Filipina. 26 (kini telah disenaraikan 31) sub-suku ini belum mengambil kira sub-suku yang terdapat di Indonesia Timur. Berikut adalah 31 sub-suku tersebut:
1. bian
2. Sallogan
3. Sapa’
4. Sikubung
5. Sapa’-sapa’
6. Tando’ Bas
7. Basbas
8. Tando’ Banak
9. Ungus Matata
10. Lo’ok Nato’
11. Kohek
12. Bannaran
13. Sitangkai
14. Simunul
15. Sibutu’
16. Pangutaran
17. Siasi
18. Laminusa
19. Nusa
20. Larapan
21. Musu’
22. Manubal
23. Pala’u
24. Kota Belud (Penduduk disini memanggil diri mereka sebagai Sama, bukan Bajau, dan tidak ada perbezaan ketara diantara bahasa mereka dan orang Sama)
25. Sama (Pantai Barat Sabah)
26. Sisangat
27. Siamal
28. Tabawan
29. Kagayan
30. Bangingi' (Balagnini atau Balangingi)
31. Tatabuan-Kaniogan
Adalah di anggarkan kaum Bajau sekarang ini berjumlah 60 juta orang lebih besar dari jumlah penduduk Malaysia yang mana keseluruhannya menetap di Kepulauan Sulawesi iaitu hampir 40 juta orang , di Selatan Filipina 1 juta orang, Malaysia 300,000 orang (Sabah sahaja) dan selebihnya di Mynmar, Thailand, Sri Lanka, Taiwan, Australia, Singapura dan sekitar pulau-pulau pasifik
Dari mana asalnya bajau ini ?, adakah dari Selatan Filipina, atau dari tanah Sabah seperti yang didakwa oleh Suku Bajau Sama di Pantai Barat Sabah ?.

