darkisomar
Sunday, August 23, 2009
Kunjungi juga blog yang ini.....
Sunday, August 2, 2009
AWAS!!! WANG PALSU RM50

Monday, June 15, 2009
Awas!!!.. Apabila Memakan buah Apple

Monday, June 8, 2009
Ikan Air Tawar Terbesar di Dunia
Sunday, May 31, 2009
JOURNEY TO KUDAT




Perjalanan kami ke Pitas pula memakan masa 1 jam atau 46 Km yang menyelesuari jalan pantai yang menghadap Teluk Marudu. Setiba kami di Pekan Pitas memang sah seperti apa yang bermain difikiran penulis, Pekan ini memang jauh ketinggalan ditambah lagi sistem perhubungan yang tidak berapa sempurna, ini pendapat peribadi penulis sahaja orang pitas jangan marah ya.
Dari Pitas kami meneruskan lagi perjalanan ke Pekan Paitan sejauh 68 Km, sepanjang perjalan kami keadaan sungguh sunyi melainkan beberapa Lori pengangkut kelapa sawit yang menggunakan jalan yang sama, hati-hati bila melalui jalan ini kerana jalannya banyak yang telah rosak dan kelilingi oleh hutan simpan yang tebal takut pula bila ada masalah ditengah jalan nanti. Kami tiba di simpang pekan Paitan jam 1.40 petang.
Perjalanan kami teruskan lagi ke Pamol sejauh 94 Km selama 1 jam 20 minit, tidak banyak perubahan jalan disini sunyi sepi cuma terdapat satu kawasan zon bahaya atau pendakian yang bahaya kepada pemandu yang mana, anda akan menyusuri lereng-lereng bukit yang sungguh curam dan berselekoh tajam, nasihat penulis kepada pemandu yang pertama kali menggunakan laluan ini agar berhati-hati dan sentiasa bunyikan 'Hon' kenderaan anda apabila melalui selekoh tajam, kerana untuk memberi isyarat kalau-kalau ada kenderaan berat atau Treler dari arah yang bertentangan yang mungkin menyebabkan anda kecelakaan.
Tiba di Pamol jam 3.05 petang, hati ini cukup gembira bila kami sampai disini, ini kerana jalan ini adalah laluan utama penulis apabila kami ke Kilang Kelapa sawit IOI Pamol atas urusan kerja. Lebih setengah jam kemudian kami tiba di Simpang Sapi meneruskan balik ke Sandakan dan tiba disana Jam 5.00 petang.
Rumusan
Rumusannya disini jika anda ingin ke Kudat dari Tawau atau Sandakan, nasihat penulis anda boleh mencuba jalan ini, kerana anda boleh memendekkaan masa dan jarak perjalanan disamping anda dapat mengetahui tempat-tempat yang jarang anda kungjungi. sekian.
Friday, May 22, 2009
Ringkasan Fakta Suku Kaum Bajau

Terdapat sekurang-kurangnya 26 atau lebih sub-suku bajau yang ada di Sabah dan Selatan Filipina. 26 (kini telah disenaraikan 31) sub-suku ini belum mengambil kira sub-suku yang terdapat di Indonesia Timur. Berikut adalah 31 sub-suku tersebut:
1. bian
2. Sallogan
3. Sapa’
4. Sikubung
5. Sapa’-sapa’
6. Tando’ Bas
7. Basbas
8. Tando’ Banak
9. Ungus Matata
10. Lo’ok Nato’
11. Kohek
12. Bannaran
13. Sitangkai
14. Simunul
15. Sibutu’
16. Pangutaran
17. Siasi
18. Laminusa
19. Nusa
20. Larapan
21. Musu’
22. Manubal
23. Pala’u
24. Kota Belud (Penduduk disini memanggil diri mereka sebagai Sama, bukan Bajau, dan tidak ada perbezaan ketara diantara bahasa mereka dan orang Sama)
25. Sama (Pantai Barat Sabah)
26. Sisangat
27. Siamal
28. Tabawan
29. Kagayan
30. Bangingi' (Balagnini atau Balangingi)
31. Tatabuan-Kaniogan
Adalah di anggarkan kaum Bajau sekarang ini berjumlah 60 juta orang lebih besar dari jumlah penduduk Malaysia yang mana keseluruhannya menetap di Kepulauan Sulawesi iaitu hampir 40 juta orang , di Selatan Filipina 1 juta orang, Malaysia 300,000 orang (Sabah sahaja) dan selebihnya di Mynmar, Thailand, Sri Lanka, Taiwan, Australia, Singapura dan sekitar pulau-pulau pasifik
Dari mana asalnya bajau ini ?, adakah dari Selatan Filipina, atau dari tanah Sabah seperti yang didakwa oleh Suku Bajau Sama di Pantai Barat Sabah ?.
Tuesday, May 19, 2009
HANG TUAH ITU BERDARAH BAJAU DAN BUGIS..?

Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia didirikan oleh Orang Laut Kelang seawal abad ke-2, dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.
Disamping itu juga Hang Mahmud, selain berdarah Orang Laut Bintan, juga berdarah Orang Laut Sulawesi, iaitu Orang Bugis. Keluarga diraja Bugis selalu berdagang dengan keluarga diraja Melayu Sri Vijaya, dan putera raja Bugis berkahwin ke dalam keluarga batin Orang Laut Bintan, yang memimpin angkatan laut Sri Vijaya dan Melaka. Jadi, Hang Tuah melalui bapanya berdarah raja Bugis. Jadi siapa itu orang laut kalau bukan asli suku Bajau yang anda kenali pada hari ini.
Sedikit info dari : SuaraAnum.com
Monday, May 18, 2009
How to calculate the Tank Found. rebars

Ini adalah salah satu langkah untuk mengira jumlah berat Besi Tetulang/Reinforcement/Rebars bagi kawasan yang tidak simetri, cara ini adalah berdasarkan hukum perbandingan luas kawasan yang dikendaki dimana kebiasaanya saya memeilih Segi empat sama dimana ia lebih mudah diselesaiakan.....harap dapat membantu k.
Sunday, February 22, 2009
Pulau Sipadan bakal 7 keajaiban semulajadi di dunia


Thursday, February 19, 2009
Kelahiran Insan Tersayang

Friday, January 30, 2009
Tahniah buat PM Turkey

Keberaniannya harus menjadi contoh kepada semua pemimpin Islam didunia ini.
Tuesday, January 20, 2009
Hajat tak sampai
