Sunday, May 31, 2009

JOURNEY TO KUDAT

Kali ini penulis (saya) akan berkongsi sedikit cerita dan pengalaman kami sekeluarga sepanjang perjalanan dari Sandakan ke Kudat dan seterusnya balik semula dari Kudat ke Sandakan.


Perjalanan kami dari Sandakan ( 30hb May 2009 ) ke Kudat memakan masa 7 jam 30 minit dengan jarak 407 Km menggunakan jalan lama, dimana kami melalui tempat-tempat seperti Telupid, Ranau, Kundasang, Kota Belud dan seterusnya Kudat. Tapi fokus utama yang ingin penulis sampaikan disini ialah perjalanan kami balik semula ke Sandakan, kerana kami telah memutuskan untuk menggunakan jalan lain untuk ke Sandakan iaitu melalui Pekan Pitas. Dengar cerita ada jalan dari sana tembus di jalan Sapi, tapi tak tau pulak berapa jaraknya.

Kami bertolak dari Bandar Kudat seawal jam 8.00 pagi ( 31hb May 2009 ) menuju ke Simpang Mengayau terlebih dahulu, rugi rasanya kalau tidak kesana lagipun perjalanan anda ke Kudat tidak akan lengkap tanpa berkunjung ke Tip of Borneo iaitu satu kawasan yang paling utara di Pulau Borneo. Jalan kesini dari simpang jalan utama memakan masa 30 minit atau 16 Km ini disebabkan oleh jalan kesini masih belum berturap sepenuhnya lagi dan berbukit bukau sedikit. Pemandangan disini memang cukup memukau lebih-lebih lagi bagi kami sekeluarga yang pertama kali datang disini, kalau boleh mau saja kami berkhemah disini sambil menghirup udara yang segar dan pemandang pantai yang membiru. Tapi apakan daya masa kami cukup suntuk untuk meneroka setiap kawasan disini. Hanya bergambar yang sempat kami jadikan ole-ole di sini.Seterusnya kami meneruskan perjalanan lagi ke Selatan sejauh 84 Km atau 2 jam dari sini ke Kota Marudu, perjalanan kesini akan disambut oleh kehijauan sawah Padi yang seluas mata memandang mungkin disebabkan itu juga Kota Marudu digelar "Jelapang Padi Sabah" bersama-sama dengan Kota Belud tidak jauh dari sini. Penulis memutuskan untuk singgah makan disini sebab jam ditanganpun menujukkan 11.30 t.hari sambil mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas sebab berdasarkan maklumat yang diteriama inilah stesen minyak yang terakhir kerana di Pekan Kecil Pitas belum ada lagi stesen minyak yang sempurna dibina.

Perjalanan kami ke Pitas pula memakan masa 1 jam atau 46 Km yang menyelesuari jalan pantai yang menghadap Teluk Marudu. Setiba kami di Pekan Pitas memang sah seperti apa yang bermain difikiran penulis, Pekan ini memang jauh ketinggalan ditambah lagi sistem perhubungan yang tidak berapa sempurna, ini pendapat peribadi penulis sahaja orang pitas jangan marah ya.


Dari Pitas kami meneruskan lagi perjalanan ke Pekan Paitan sejauh 68 Km, sepanjang perjalan kami keadaan sungguh sunyi melainkan beberapa Lori pengangkut kelapa sawit yang menggunakan jalan yang sama, hati-hati bila melalui jalan ini kerana jalannya banyak yang telah rosak dan kelilingi oleh hutan simpan yang tebal takut pula bila ada masalah ditengah jalan nanti. Kami tiba di simpang pekan Paitan jam 1.40 petang.

Perjalanan kami teruskan lagi ke Pamol sejauh 94 Km selama 1 jam 20 minit, tidak banyak perubahan jalan disini sunyi sepi cuma terdapat satu kawasan zon bahaya atau pendakian yang bahaya kepada pemandu yang mana, anda akan menyusuri lereng-lereng bukit yang sungguh curam dan berselekoh tajam, nasihat penulis kepada pemandu yang pertama kali menggunakan laluan ini agar berhati-hati dan sentiasa bunyikan 'Hon' kenderaan anda apabila melalui selekoh tajam, kerana untuk memberi isyarat kalau-kalau ada kenderaan berat atau Treler dari arah yang bertentangan yang mungkin menyebabkan anda kecelakaan.

Tiba di Pamol jam 3.05 petang, hati ini cukup gembira bila kami sampai disini, ini kerana jalan ini adalah laluan utama penulis apabila kami ke Kilang Kelapa sawit IOI Pamol atas urusan kerja. Lebih setengah jam kemudian kami tiba di Simpang Sapi meneruskan balik ke Sandakan dan tiba disana Jam 5.00 petang.

Rumusan

Rumusannya disini jika anda ingin ke Kudat dari Tawau atau Sandakan, nasihat penulis anda boleh mencuba jalan ini, kerana anda boleh memendekkaan masa dan jarak perjalanan disamping anda dapat mengetahui tempat-tempat yang jarang anda kungjungi. sekian.



No comments: